Friday 28 June 2013

Spaghetti Aglio Olio with Clams








Entry ini dah tertangguh for almost 1 week due to ke-busy-an yang melanda...hewhewww....
Kali ni masak my favourite spaghetti..yang amat la simple skali dalam dunia ni kot..Aglio olio..
Boleh tukar sesuke hati kalau nak guna ayam or udang or just plain mushroom...

Bahan-bahan pon dah boleh agak, simple je..
Portion yang digunakan adalah untuk seorang makan..
So kalau nak makan berdua atau bertiga, kena lah ganda kan portion makanan ini ye..

Bahan-bahan:
Spaghetti-->ikut suka banyak mana nak makan. Kat sini aku guna angel hair pasta
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah-->kalau suke pedas, sile tambah...no problem..
Olive oil
250mg clams
4 biji cherry tomatoes


Mule-mule, kite masak spaghetti dulu, 10-20min sampai lembut. Season air tu with salt before masukkan spaghetti. Lepas masak, letak tepi. Air tu, simpan sikit sebab nak guna lagi kemudian
Panaskan kuali, masukkan olive oil. Masukkan garlic and chilli yang dicincang.
Masukkan clams. Letak sikit air rebusan spaghetti tadi supaye clam tu boleh masak
Lepas clam dah masak (kulit clam akan terbukak), masukkan spaghetti and tomatoes. Tambah sedikit garam.  Gaulkan sampai rata.
Hidangkan. Letak parsley and pepper for extra seasoning







Friday 14 June 2013

Kepah Lemak Cili Padi





Kepah masak lemak cili padi, baru je masuk dalam perut tadi…   “_______”
Sepatutnye nak masak untuk lunch..tapi oleh sebab kemalasan yang melampau..
Makanya jadi dinner saje..



Bahan-bahan:
350g kepah segar
200ml santan pekat
1 keping asam keping
1 batang serai

Bahah-bahan menumis: (A)
4 tangkai cili padi
            *sape-sape yang suke pedas, sile lah tambah sendiri, secukup rase…
2 ulas bawang merah
1cm kunyit hidup
1cm halia


Panaskan kuali dengan sedikit minyak
Tumis bahan-bahan A [sila tumbuk/ kisar dulu semua bahan- bahan itu…] sampai naik bau
Masukkan, kepah, asam keping dan serai
Masukkan santan…tambah ~ 250ml air
Tambahkan garam secukup rasa
Masak sehingga mendidih, angkat, hidang dan makan…

Satu lagi, silelah rajinkan diri anda untuk kacau santan supaya tak meruap/ berketul-ketul







Seriously sedap..hehe...


Wednesday 12 June 2013

Paprika Baked Chicken


So recipe ni aku buat 2 hari lepas. sekarang baru nak upload time oncall sebab internet kat hospital seriously laju. Internet kat rumah macam kure-kure.......

Ok, recipe ni aku simplified dari beratus-ratus recipe food channel/ blog yang aku selalu layan

Simple je..and paling penting, senang nak masak
Just marinated the chicken sikit, tuang olive oil sikit, masuk oven and tunggu sampai masak

                               
                                    
                                    
                                    
                                    
           
Tadaaaaaa.........




 Boleh ler layan kalau diri sendiri masak, makan, and sendiri puji diri sendiri masak sedap...hihiii...


Bahan-bahan untuk ayam:
1 ketul peha ayam
Garam
Coarse black pepper
Paprika
Dried rosemary (kat Langkawi ni tak jumpe fresh version...)
Olive oil

Bahan-bahan untuk sos:
Air masak [kalau ade chicken stock lagi bagus]
1 ulas bawang putih-cencang sampai lumat
Lemon juice





First skali, kite preheat oven, 250’C for 10min

Sambil tu boleh marinate ayam tu dengan bahan-bahan kat atas
Letak ayam dalam bekas untuk bakar, letak olive oil secukup rasa atas ayam. Tutup bekas dengan aluminium foil.

Bile ayam dah masak, biar ayam tu rest sekejap for 5min, untuk serap balik semue juice yang ade

Untuk sos, masukkan olive oil dlm kuali dan sedikit butter. Masukkan garlic. 
Tuang air (or chicken stock) ke dalam lebihan juice ayam yang dah dimasak, masukkankan dalam kuali. 
Masukkan lime juice sesedap rasa

Kacau sampai pekat. Kalau terlampau cair, boleh letak sedikit tepung jagung untuk memekatkan sos

Assemble semua dalam pinggan. Makan.....




Tuesday 4 June 2013

Entry pertama

first entry..hurmmm...
a blog just as a reminder to myself (and probably to whoever yang terbukak my page ) about how great this life has been,
and so much more to venture in the future

so nina, HAPPY BLOGGING! (: